Menu

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Friday, November 22, 2013

Aktiviti 2012-2015

AKTIVITI KELAB MULTIMEDIA SESI 2014/2015  


1) KURSUS KEPIMPINAN AJK KELAB MULTIMEDIA

Tarikh: 10 March 2015
Masa: 8:30 pagi
Tempat: Training Room, SMMTC

Kursus kepimpinan AJK Kelab Multimedia telah berjaya dilaksanakan pada 10 Mac 2015 bertempat di Training Room. Program yang dijalankan selama setengah hari ini dilaksanakan bagi memastikan setiap AJK Kelab Multimedia mampu untuk mengendalikan kelab dan program masing-masing dengan lebih baik. Selain itu, program ini diadakan untuk memperkenalkan sistem sira kepada AJK Kelab Multimedia yang baru dilantik.

Dengan adanya program sebegini, ianya dapat memudahkan AJK kelab menguruskan kertas kerja mereka secara online. Tambahan pula, program ini juga merupakan kesinambungan daripada Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) yang dihadiri oleh 5 orang jawatankuasa tertinggi kelab. Dengan tujuan berkongsi ilmu yang diperolehi daripada program KPO yang dihadiri, mereka dapat menyampaikan dan memberikan maklumat baru kepada semua AJK Kelab Multimedia tentang format baru kertas kerja, format baru laporan program dan format laporan kewangan serta cara mengakses sistem sira melalui laman portal. 

 

2) JALINAN KASIH

Tarikh: 20 March 2015
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Pusat Sukan, UUM

Pada 20 Mac 2015 yang lalu telah berlangsungnya Program Jalinan Kasih, Kelab Multimedia, Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama ahli jawatankuasa (AJK) Kelab Multimedia tahun 2015 bersama mantan-mantan Kelab Multimedia UUM. Seramai 16 orang AJK Kelab Multimedia, 7 orang mantan Kelab Multimedia dan 15 orang ahli jawatankuasa telah menyertai program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim yang baik antara ahli-ahli jawatankuasa kelab. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada AJK baharu mengenai tugas yang akan mereka galas disamping untuk meraikan AJK Kelab Multimedia baharu bagi tahun 2015.

Program ini terdiri daripada dua sesi iaitu aktiviti sukaneka untuk sesi pertama pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari bertempat di Pusat Sukan UUM. Sebanyak enam aktiviti disediakan untuk aktiviti sukaneka ini yang diketuai dan diuruskan oleh 7 orang biro aktiviti program. Antara aktiviti yang dijalankan ialah permainan bola berapi, fashion show, suci dalam debu, isi air dalam botol menggunakan sebelah tangan dan ‘apo bondo eh ni’. Sesi kedua pula diteruskan dengan aktiviti jamuan BBQ pada jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam yang bertempat di Tasik Guthrie, UUM. Program ini telah berlangsung dengan lancarnya dan mendapat kesan positif daripada para peserta. Program ini menjadi lebih menarik apabila penasih kelab iaitu En Fitri bin Mohd Yusoff turut turun padang menyertai aktiviti sukaneka ini sebagai peserta. Program ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara AJK kelab, malah turut dapat mewujudkan hubungan yang baik dan lebih rapat antara AJK Kelab Multimedia dan penasihat kelab. Program ini ditutup dengan penyampaian hadiah oleh penasihat kelab, En Mohd Fitri bin Yusoff kepada para pemenang sukaneka dalam majlis BBQ

 
3) BENGKEL ADOBE FLASH

Tarikh: 27 March 2015
Masa: 8:30 pagi
Tempat: Makmal 1 (Apple), SMMTC

Bengkel Adobe Flash anjuran kelab Multimedia, PPA CAS telah diadakan pada 27 Mac 2015. Bengkel yang berjalan selama 4 jam ini telah diadakan di Makmal 1 (Apple) di SMMTC, UUM. Seramai 33 peserta termasuk ahli jawatankuasa telah menyertai bengkel ini. Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan pelajar tentang asas perisian Adobe Flash. Program ini akan membantu pelajar untuk lebih meningkatkan kemahiran sedia ada pelajar dalam menggunakan perisian Adobe Flash untuk melaksanakan projek akhir semester khususnya bagi pelajar jurusan multimedia. Selain itu, pelajar dari jurusan lain juga boleh menggunakan perisian Adobe Flash sebagai bahan untuk “presentation” yang lebih menarik dalam pelbagai subjek.

Bengkel Adobe Flash menyaksikan beberapa sesi yang telah dijalankan seperti penceramah memberi pendedahan asas Adobe Flash dan membuat animasi serta membuat latihan animasi bersama penceramah di dalam kelas. Majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati oleh pengarah program Bengkel Adobe Flash, Nur Rabiatul Adawiyah Bt Ismail kepada penceramah, En. Abdul Shafiq Bin Bahrin. Hasil soal selidik yang diadakan, peserta bengkel menyatakan mereka mendapat banyak ilmu melalui tunjuk ajar penceramah.


 
4) LAWATAN UNIFILM STUDIO
 
Tarikh: 31 March 2015
Masa: 8:30 pagi
Tempat: Unifilm Studio, UUM

Pada 31 Mac 2015, Kelab Multimedia, PPA CAS mengadakan Lawatan ke Unifilm Studio yang terletak di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Seramai 20 peserta termasuk ahli jawatankuasa telah menyertai bengkel ini. Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kemudahan fasiliti yang terdapat di Unifilm Studio. Program ini akan memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang fasiliti yang mereka pelajari dalam kuliah yang terdapat di Unifilm.

Lawatan yang diadakan ini berjalan selama 4 jam, bermula pada jam 8.30 pagi untuk sesi pendaftaran. Kemudian peserta akan dibawa masuk melawat Unifilm Studio mengikut kumpulan yang dibahagikan. Peserta diberikan pendedahan serba sedikit tentang latarbelakang Unifilm Studio. Antara tempat yang menarik seperti bilik penyimpanan peralatan, bilik merakam suara, bilik greenscreen dan sebagainya. Selain itu, para peserta boleh mengajukan soalan kepada pegawai Unifilm Studio yang mengiringi. Majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati oleh pengarah program Lawatan Unifilm Studio, Nik Amirul Aqman Bin Nik Lah kepada pegawai Unifilm studio yang mengiring, Encik Fadzil.
 

 
5) BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP

Tarikh: 8 Mei 2015
Masa: 8:30 pagi
Tempat: Makmal 1 (Apple), SMMTC

Bengkel Adobe Photoshop anjuran kelab Multimedia, PPA CAS telah diadakan pada 8 Mei 2015. Bengkel yang berjalan selama 4 jam ini telah diadakan di Makmal 1 (Apple) di SMMTC, UUM. Seramai 26 peserta termasuk ahli jawatankuasa telah menyertai bengkel ini. Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan asas kepada peserta tentang perisian Adobe Photoshop. Program ini akan membantu pelajar untuk lebih meningkatkan kemahiran sedia ada pelajar dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk melaksanakan projek akhir semester khususnya bagi pelajar jurusan multimedia. Selain itu, pelajar dari jurusan lain juga boleh menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk menambah kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam tugasan mereka.

Bengkel Adobe Photoshop menyaksikan beberapa sesi yang telah dijalankan seperti penceramah memberi pendedahan asas Adobe Photoshop dan mengedit gambar serta membuat latihan yang disediakan oleh penceramah di dalam kelas. Majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati oleh pengarah program Bengkel Adobe Flash, Nurul A’fifah Binti Majidin kepada penceramah, En. Abdul Shafiq Bin Bahrin. Hasil soal selidik yang diadakan, peserta bengkel menyatakan mereka mendapat banyak ilmu melalui tunjuk ajar penceramah.




 
6) FAMILY DAY


Tarikh: 16 Mei 2015
Masa: 11:30 pagi
Tempat: SMMTC, UUM

Pada 16 Mei 2015 yang lalu telah berlangsungnya program Family Day untuk Kelab Multimedia Universiti Utara Malaysia (UUM). Seramai 29 orang ahli Kelab Multimedia, 3 orang ahli jawatankuasa dan penasihat kelab telah menyertai program ini. Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan satu ikatan silaturrahim yang kuat antara sesama pelajar-pelajar program Multimedia Universiti Utara Malaysia bersama pensyarah. Selain itu, aktiviti ini dapat menjadi platform kepada pelajar untuk mengenali serta dapat mengeratkan ukhwah bersama pensyarah. Ia juga dapat mewujudkan sikap saling bantu-membantu antara pelajar lama dan pelajar baru.

Program ini terdiri daripada tiga sesi iaitu aktiviti ‘ice-breaking’ untuk sesi pertama pada pukul 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Sebanyak dua aktiviti disediakan untuk aktiviti ini yang diuruskan oleh 3 orang biro aktiviti program. Sesi kedua pula diteruskan dengan sukaneka pada jam 2.00 petang sehingga 3.30 petang yang bertempat di kawasan pasir, The Carnivall. Aktiviti terakhir ialah aktiviti bebas dimana peserta bebas melakukan aktiviti di kawasan program. Program ini telah berlangsung dengan lancar dan jayanya serta mendapat kesan positif daripada para peserta. Program ini menjadi lebih menarik apabila penasihat kelab, En Mohd Fitri bin Yusoff turut turun padang menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan. Program ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara ahli kelab, malah turut dapat mewujudkan hubungan silaturahim yang baik dan lebih rapat antara ahli Kelab Multimedia dan penasihat kelab yang juga seorang pensyarah. Program ini ditutup dengan penyampaian hadiah oleh penasihat kelab, En Mohd Fitri bin Yusoff kepada para pemenang sukaneka.

 
 
7) JAMUAN BBQ "FAREWELL SENIOR YEAR STUDENT"

 
Tarikh: 5 Jun 2015
Masa: 8:00 malam
Tempat: DPP Petronas

Pada 5 Jun 2015 yang lalu telah berlangsungnya Program jamuan BBQ “Farewell senior Year Students” anjuran Kelab Multimedia, Universiti Utara Malaysia (UUM). Seramai 70 orang peserta termasuk jawatankuasa program. Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar jurusan Sains Multimedia semester 2 hingga semester 6. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengadakan majlis perpisahan pelajar tahun akhir jurusan Sains Multimedia. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan Alumni serta mewujudkan hubungan silaturrahim antara setiap batch jurusan Sains Multimedia .
Program yang dijalankan berjalan selama 4 jam di Tapak BBQ, DPP Petronas berlangsung dengan lancar. Selepas sesi pendaftran, Penasihat Kelab Multimedia, Encik Mohd Fitri Bin Yusoff menyampaikan ucapan alu-aluan. Selain itu, sambil menikmati jamuan BBQ, peserta dapat menonton persembahan nyanyian daripada wakil pelajar tahun akhir dan wakil AJK Kelab Multimedia.
8) SMMTC WEEK : JOM PELUH


Tarikh: 13-14 Mei 2015
Masa: 3:30 petang
Tempat: SMMTC, UUM 

Pada 13 dan 14 Mei 2015 Program SMMTC Week iatitu Jom peluh anjuran Fakulti Teknologi Media dan Komuniakasi, Universiti Utara Malaysia (UUM). Seramai 70 orang peserta termasuk jawatankuasa program. Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar jurusan Sains Multimedia semester 2 hingga semester 6. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengadakan majlis perpisahan pelajar tahun akhir jurusan Sains Multimedia. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan Alumni serta mewujudkan hubungan silaturrahim antara setiap batch jurusan Sains Multimedia .



 
9) SAHUR BERSAMA KELAB MULTIMEDIA

Tarikh: 26-27 Jun 2015
Masa: 11:00 malam
Tempat: Masjid Sultan Badlishah, UUM

Pada 26 hingga 27 Jun 2015, kelab Multimedia telah mengadakan program Sahur Bersama Kelab Multimedia. Seramai 30 orang peserta muslim jurusan Multimedia termasuk jawatankuasa program. Program ini dijalankan di Masjid Sultan Badlishah UUM. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengajak para pelajar mendekatkan diri dengan Allah SWT. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengertakan hubungan silaturrahim antara ahli jawatankuasa dengan para pelajar dan pensyarah muslim UUM. Penasihat Kelab Multimedia, Encik Mohd Fitri Bin Yusoff turut hadir sepanjang majlis bagi menjayakan program ini.

Program yang dijalankan bermula pada pukul 11 malam untuk pendaftaran dan sesi mengulangkaji bersama. Para peserta juga menginap di dalam masjid. Seterusnya pada jam 5 pagi, para pelajar mula bersahur bersama-sama. Selain itu, para pelajar solat subuh berjemaah di masjid dan bersurai.