LATAR BELAKANG
Pelbagai aktiviti yang dibuat melibatkan komuniti dalam dan luar universiti. Kelab Multimedia merancang program-program yang berteraskan akademik, kerohanian, kemahiran, komuniti dan sebagainya. Menjadi ahli kelab membolehkan para ahli untuk melibatkan diri dalam perancangan program yang dibuat dan juga sekiranya mereka aktif membolehkan mereka diberi keutamaan untuk mengikuti program di bawah UUM CAS dan HEP.
Kelab ini terdiri daripada seorang penasihat kelab, 5 orang Majlis Tertinggi dan 22 orang biro. Antara biro-biro yang terdapat dalam kelab ini ialah Biro Informasi & Penerbitan, Biro Intergrasi, Komuniti & Antarabangsa, Biro Aktiviti, Kesenian & Kebudayaan, Biro Keselamatan & Kesihatan, Biro Penajaan & Kebajikan, Biro Sukan & Rekreasi, Biro Pendidikan & Latihan, Biro Kerohanian & Sahsiah, Biro Keusahawanan, Biro Logistik dan Biro Protokol.
OBJEKTIF
- Menjalankan program yang berteraskan akademik, kerohanian, kemahiran, komuniti dan
sebagainya demi impak yang berkualiti.
- Mengurus badan pelajar dengan sistematik dan tersusun.
- Melatih pelajar berfikir secara kritis dan analitis serta berpemikiran kreatif.
VISI
Menjadi kelab yang terbaik di antara kelab-kelab di bawah naungan Pusat Pembangunan Pelajar & Alumni (PPA), CAS.
MISI
Membina sebuah organisasi kelab yang aktif, kreatif dan inovatif.
CARTA ORGANISASI
CARTA ORGANISASI KELAB MULTIMEDIA 2017/2018
CARTA ORGANISASI KELAB MULTIMEDIA 2015/2016
- Klik pada gambar untuk zoom - |
Klik Pada Gambar untuk Zoom
|
CARTA ORGANISASI KELAB MULTIMEDIA 2014/2015
CARTA ORGANISASI KELAB MULTIMEDIA 2013/2014
Majlis Tertinggi 2013/2014
Barisan Exco 2013/2014