Menu

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Friday, November 22, 2013

Aktiviti 2012-2015

AKTIVITI KELAB MULTIMEDIA SESI 2014/2015  


1) KURSUS KEPIMPINAN AJK KELAB MULTIMEDIA

Tarikh: 10 March 2015
Masa: 8:30 pagi
Tempat: Training Room, SMMTC

Kursus kepimpinan AJK Kelab Multimedia telah berjaya dilaksanakan pada 10 Mac 2015 bertempat di Training Room. Program yang dijalankan selama setengah hari ini dilaksanakan bagi memastikan setiap AJK Kelab Multimedia mampu untuk mengendalikan kelab dan program masing-masing dengan lebih baik. Selain itu, program ini diadakan untuk memperkenalkan sistem sira kepada AJK Kelab Multimedia yang baru dilantik.

Dengan adanya program sebegini, ianya dapat memudahkan AJK kelab menguruskan kertas kerja mereka secara online. Tambahan pula, program ini juga merupakan kesinambungan daripada Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) yang dihadiri oleh 5 orang jawatankuasa tertinggi kelab. Dengan tujuan berkongsi ilmu yang diperolehi daripada program KPO yang dihadiri, mereka dapat menyampaikan dan memberikan maklumat baru kepada semua AJK Kelab Multimedia tentang format baru kertas kerja, format baru laporan program dan format laporan kewangan serta cara mengakses sistem sira melalui laman portal. 

 

2) JALINAN KASIH

Tarikh: 20 March 2015
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Pusat Sukan, UUM

Pada 20 Mac 2015 yang lalu telah berlangsungnya Program Jalinan Kasih, Kelab Multimedia, Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama ahli jawatankuasa (AJK) Kelab Multimedia tahun 2015 bersama mantan-mantan Kelab Multimedia UUM. Seramai 16 orang AJK Kelab Multimedia, 7 orang mantan Kelab Multimedia dan 15 orang ahli jawatankuasa telah menyertai program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim yang baik antara ahli-ahli jawatankuasa kelab. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada AJK baharu mengenai tugas yang akan mereka galas disamping untuk meraikan AJK Kelab Multimedia baharu bagi tahun 2015.

Program ini terdiri daripada dua sesi iaitu aktiviti sukaneka untuk sesi pertama pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari bertempat di Pusat Sukan UUM. Sebanyak enam aktiviti disediakan untuk aktiviti sukaneka ini yang diketuai dan diuruskan oleh 7 orang biro aktiviti program. Antara aktiviti yang dijalankan ialah permainan bola berapi, fashion show, suci dalam debu, isi air dalam botol menggunakan sebelah tangan dan ‘apo bondo eh ni’. Sesi kedua pula diteruskan dengan aktiviti jamuan BBQ pada jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam yang bertempat di Tasik Guthrie, UUM. Program ini telah berlangsung dengan lancarnya dan mendapat kesan positif daripada para peserta. Program ini menjadi lebih menarik apabila penasih kelab iaitu En Fitri bin Mohd Yusoff turut turun padang menyertai aktiviti sukaneka ini sebagai peserta. Program ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara AJK kelab, malah turut dapat mewujudkan hubungan yang baik dan lebih rapat antara AJK Kelab Multimedia dan penasihat kelab. Program ini ditutup dengan penyampaian hadiah oleh penasihat kelab, En Mohd Fitri bin Yusoff kepada para pemenang sukaneka dalam majlis BBQ

 
3) BENGKEL ADOBE FLASH

Tarikh: 27 March 2015
Masa: 8:30 pagi
Tempat: Makmal 1 (Apple), SMMTC

Bengkel Adobe Flash anjuran kelab Multimedia, PPA CAS telah diadakan pada 27 Mac 2015. Bengkel yang berjalan selama 4 jam ini telah diadakan di Makmal 1 (Apple) di SMMTC, UUM. Seramai 33 peserta termasuk ahli jawatankuasa telah menyertai bengkel ini. Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan pelajar tentang asas perisian Adobe Flash. Program ini akan membantu pelajar untuk lebih meningkatkan kemahiran sedia ada pelajar dalam menggunakan perisian Adobe Flash untuk melaksanakan projek akhir semester khususnya bagi pelajar jurusan multimedia. Selain itu, pelajar dari jurusan lain juga boleh menggunakan perisian Adobe Flash sebagai bahan untuk “presentation” yang lebih menarik dalam pelbagai subjek.

Bengkel Adobe Flash menyaksikan beberapa sesi yang telah dijalankan seperti penceramah memberi pendedahan asas Adobe Flash dan membuat animasi serta membuat latihan animasi bersama penceramah di dalam kelas. Majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati oleh pengarah program Bengkel Adobe Flash, Nur Rabiatul Adawiyah Bt Ismail kepada penceramah, En. Abdul Shafiq Bin Bahrin. Hasil soal selidik yang diadakan, peserta bengkel menyatakan mereka mendapat banyak ilmu melalui tunjuk ajar penceramah.


 
4) LAWATAN UNIFILM STUDIO
 
Tarikh: 31 March 2015
Masa: 8:30 pagi
Tempat: Unifilm Studio, UUM

Pada 31 Mac 2015, Kelab Multimedia, PPA CAS mengadakan Lawatan ke Unifilm Studio yang terletak di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Seramai 20 peserta termasuk ahli jawatankuasa telah menyertai bengkel ini. Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kemudahan fasiliti yang terdapat di Unifilm Studio. Program ini akan memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang fasiliti yang mereka pelajari dalam kuliah yang terdapat di Unifilm.

Lawatan yang diadakan ini berjalan selama 4 jam, bermula pada jam 8.30 pagi untuk sesi pendaftaran. Kemudian peserta akan dibawa masuk melawat Unifilm Studio mengikut kumpulan yang dibahagikan. Peserta diberikan pendedahan serba sedikit tentang latarbelakang Unifilm Studio. Antara tempat yang menarik seperti bilik penyimpanan peralatan, bilik merakam suara, bilik greenscreen dan sebagainya. Selain itu, para peserta boleh mengajukan soalan kepada pegawai Unifilm Studio yang mengiringi. Majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati oleh pengarah program Lawatan Unifilm Studio, Nik Amirul Aqman Bin Nik Lah kepada pegawai Unifilm studio yang mengiring, Encik Fadzil.
 

 
5) BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP

Tarikh: 8 Mei 2015
Masa: 8:30 pagi
Tempat: Makmal 1 (Apple), SMMTC

Bengkel Adobe Photoshop anjuran kelab Multimedia, PPA CAS telah diadakan pada 8 Mei 2015. Bengkel yang berjalan selama 4 jam ini telah diadakan di Makmal 1 (Apple) di SMMTC, UUM. Seramai 26 peserta termasuk ahli jawatankuasa telah menyertai bengkel ini. Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan asas kepada peserta tentang perisian Adobe Photoshop. Program ini akan membantu pelajar untuk lebih meningkatkan kemahiran sedia ada pelajar dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk melaksanakan projek akhir semester khususnya bagi pelajar jurusan multimedia. Selain itu, pelajar dari jurusan lain juga boleh menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk menambah kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam tugasan mereka.

Bengkel Adobe Photoshop menyaksikan beberapa sesi yang telah dijalankan seperti penceramah memberi pendedahan asas Adobe Photoshop dan mengedit gambar serta membuat latihan yang disediakan oleh penceramah di dalam kelas. Majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati oleh pengarah program Bengkel Adobe Flash, Nurul A’fifah Binti Majidin kepada penceramah, En. Abdul Shafiq Bin Bahrin. Hasil soal selidik yang diadakan, peserta bengkel menyatakan mereka mendapat banyak ilmu melalui tunjuk ajar penceramah.




 
6) FAMILY DAY


Tarikh: 16 Mei 2015
Masa: 11:30 pagi
Tempat: SMMTC, UUM

Pada 16 Mei 2015 yang lalu telah berlangsungnya program Family Day untuk Kelab Multimedia Universiti Utara Malaysia (UUM). Seramai 29 orang ahli Kelab Multimedia, 3 orang ahli jawatankuasa dan penasihat kelab telah menyertai program ini. Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan satu ikatan silaturrahim yang kuat antara sesama pelajar-pelajar program Multimedia Universiti Utara Malaysia bersama pensyarah. Selain itu, aktiviti ini dapat menjadi platform kepada pelajar untuk mengenali serta dapat mengeratkan ukhwah bersama pensyarah. Ia juga dapat mewujudkan sikap saling bantu-membantu antara pelajar lama dan pelajar baru.

Program ini terdiri daripada tiga sesi iaitu aktiviti ‘ice-breaking’ untuk sesi pertama pada pukul 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Sebanyak dua aktiviti disediakan untuk aktiviti ini yang diuruskan oleh 3 orang biro aktiviti program. Sesi kedua pula diteruskan dengan sukaneka pada jam 2.00 petang sehingga 3.30 petang yang bertempat di kawasan pasir, The Carnivall. Aktiviti terakhir ialah aktiviti bebas dimana peserta bebas melakukan aktiviti di kawasan program. Program ini telah berlangsung dengan lancar dan jayanya serta mendapat kesan positif daripada para peserta. Program ini menjadi lebih menarik apabila penasihat kelab, En Mohd Fitri bin Yusoff turut turun padang menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan. Program ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara ahli kelab, malah turut dapat mewujudkan hubungan silaturahim yang baik dan lebih rapat antara ahli Kelab Multimedia dan penasihat kelab yang juga seorang pensyarah. Program ini ditutup dengan penyampaian hadiah oleh penasihat kelab, En Mohd Fitri bin Yusoff kepada para pemenang sukaneka.

 
 
7) JAMUAN BBQ "FAREWELL SENIOR YEAR STUDENT"

 
Tarikh: 5 Jun 2015
Masa: 8:00 malam
Tempat: DPP Petronas

Pada 5 Jun 2015 yang lalu telah berlangsungnya Program jamuan BBQ “Farewell senior Year Students” anjuran Kelab Multimedia, Universiti Utara Malaysia (UUM). Seramai 70 orang peserta termasuk jawatankuasa program. Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar jurusan Sains Multimedia semester 2 hingga semester 6. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengadakan majlis perpisahan pelajar tahun akhir jurusan Sains Multimedia. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan Alumni serta mewujudkan hubungan silaturrahim antara setiap batch jurusan Sains Multimedia .
Program yang dijalankan berjalan selama 4 jam di Tapak BBQ, DPP Petronas berlangsung dengan lancar. Selepas sesi pendaftran, Penasihat Kelab Multimedia, Encik Mohd Fitri Bin Yusoff menyampaikan ucapan alu-aluan. Selain itu, sambil menikmati jamuan BBQ, peserta dapat menonton persembahan nyanyian daripada wakil pelajar tahun akhir dan wakil AJK Kelab Multimedia.
8) SMMTC WEEK : JOM PELUH


Tarikh: 13-14 Mei 2015
Masa: 3:30 petang
Tempat: SMMTC, UUM 

Pada 13 dan 14 Mei 2015 Program SMMTC Week iatitu Jom peluh anjuran Fakulti Teknologi Media dan Komuniakasi, Universiti Utara Malaysia (UUM). Seramai 70 orang peserta termasuk jawatankuasa program. Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar jurusan Sains Multimedia semester 2 hingga semester 6. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengadakan majlis perpisahan pelajar tahun akhir jurusan Sains Multimedia. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan Alumni serta mewujudkan hubungan silaturrahim antara setiap batch jurusan Sains Multimedia .



 
9) SAHUR BERSAMA KELAB MULTIMEDIA

Tarikh: 26-27 Jun 2015
Masa: 11:00 malam
Tempat: Masjid Sultan Badlishah, UUM

Pada 26 hingga 27 Jun 2015, kelab Multimedia telah mengadakan program Sahur Bersama Kelab Multimedia. Seramai 30 orang peserta muslim jurusan Multimedia termasuk jawatankuasa program. Program ini dijalankan di Masjid Sultan Badlishah UUM. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengajak para pelajar mendekatkan diri dengan Allah SWT. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengertakan hubungan silaturrahim antara ahli jawatankuasa dengan para pelajar dan pensyarah muslim UUM. Penasihat Kelab Multimedia, Encik Mohd Fitri Bin Yusoff turut hadir sepanjang majlis bagi menjayakan program ini.

Program yang dijalankan bermula pada pukul 11 malam untuk pendaftaran dan sesi mengulangkaji bersama. Para peserta juga menginap di dalam masjid. Seterusnya pada jam 5 pagi, para pelajar mula bersahur bersama-sama. Selain itu, para pelajar solat subuh berjemaah di masjid dan bersurai.




AKTIVITI KELAB MULTIMEDIA SESI 2012/2013

1) Orientasi Pelajar Sesi September 2012/2013 

Tarikh : 12 Oktober 2012
Masa : 8.30 pagi-12.59 tengahari
Tempat: Foyer SMMTC

Pada 12 Oktober 2012 , kelab Multimedia telah menganjurkan 1 aktiviti Orientasi bersama dengan pelajar-pelajar lama bertempat di Foyer School of Multimedia and Technology Media ( SMMTC ). Aktiviti ini bertujuaan untuk merapatkan hubungan diantara pelajar-pelajar lama dan pelajar-pelajar baru Program Bach. of Science Multimedia. Seramai 30 orang peserta dan 15 orang Ahli Jawatankuasa yang telah menghadiri program orientasi ini. Program ini telah berlangsung pada pukul 8.30 pagi sehingga 12.59 tengahari. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya Ikatan Gari Tali. Aktiviti ini bertujuan untuk mengasah minda pelajar untuk membuka ikatan tali di tangan dan memasukkan didalam badan tanpa putus. Aktiviti kedua pula ialah Usahawan Ekspress. Usahawan Ekspress bertujuan untuk mencungkil para pelajar berkaitan dengan perniagaan. Aktiviti Ketiga adalah Roti Berpasangan. Aktiviti ini dilakukan dengan memakan roti dengan cara tangan terikat sebelah. Aktiviti seterusnya adalah sesi bersoal jawab dengan pelajar lama berkaitan dengan pelajaran dan isu-isu lain. Aktiviti kemuncak adalah sesi bergambar.

Sesi bergambar beramai-ramai
Sesi penerangan daripada senior
Sesi roti berpasangan



2) Lawatan Ke Media Prima & Pertukaran Maklumat Bersama UPM

Tarikh   : 3-5 April 2013
Tempat : Media Prima TV3 & Universiti Putra Malaysia (UPM)

Pada 3-5 April 2013 , Kelab Multimedia telah menjalankan 1 aktiviti Lawatan Sambil Belajar Ke Media Prima dan Pertukaran Maklumat Bersama Pelajar Universiti Putra Malaysia. Program ini bertujuan untuk meluaskan hubungan dengan industri luar dan mehubungkan hubungan yang baik antara pelajar Universiti Utara Malaysia dengan pelajar Universiti Putra Malaysia. Program ini dijalankan selama 3hari 2 malam.

Di Universiti Putra Malaysia , kami telah berkongsi dan membuat pertukaran maklumat berkaitan dengan isu pendidikan dan isu pekerjaan yang telah disampaikan oleh pensyarah-pensyarah UPM dan UUM. Kami telah dibawa melawat setiap kelas dan makmal komputer yang mempunyai banyak fasiliti berkenaan Multimedia.

Di Media Prima pula, kami dibawa melawat setiap bilik yang berfungsi untuk dijalankan sepanjang program telivisyen berlangsung. Antara tempat yang kami lawati adalah Bilik Buletin Utama, konti-konti radio Media Prima, Bilik Editing dan banyak lagi. 

Bergambar kenangan di Media Prima

Sebahagian peserta yang mengikuti lawatan
Bergambar kenangan di UPM

Sesi pertukaran maklumat UUM & UPM

 
3) Multimedia Summer Camp 2013

Tarikh    : 26 - 27 April 2013
Tempat : SMMTC
 
Adobe Photoshop dan Adobe Flash adalah antara perisian yang penting dan utama dalam bidang multimedia. Jadi, Kelab Multimedia bekerjasam dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong, Kedah telah membuat 1 program berkaitan  pendedahan tentang Adobe Photoshop dan Adobe Flash yang boleh digunakan untuk menghasilkan reka bentuk dan animasi yang berkualiti. Seramai 40orang peserta dan AJK yang telah mengambil  bahagian untuk menjayakan program ini. Program ini dijalankan selama 2hari 1 malam di Universiti Utara Malaysia.

 
Bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar S.M.K. Mergong

Sesi pembelajaran Adobe Photoshop & Adobe Flash

Pembentangan salah seorang pelajar

Salah seorang fasilitator yang terlibat




4) Program Bersama Pelajar Baharu Multimedia 2013/2014

Tarikh : 25 Oktober 2013
Masa : 8.00 pagi- 12.30 petang
Tempat: SMMTC DKG 6/30
Program ini bertujuan untuk hubungan dan mengeratkan silaturahim di antara pelajar baharu dan lama program multimedia, Universiti Utara Malaysia. Hal ini bertujuan untuk memudahkan urusan pelajar dalam pembelajaran dan kehidupan di kampus. Selain itu program ini juga boleh menjadikan platform kepada semua ahli kelab multimedia untuk berkongsi idea tentang aktiviti dan perancangan untuk kemajuan kelab.


Ice Breaking
Sesi Kenangan bersama pelajar baharu Multimedia
Sebahagian pelajar mendengar penerangan dari fasililtator
Aktiviti Explorace

5)  Program Kerjaya Dalam Bidang Multimedia

 Tarikh   : 25 Oktober 2013
 Masa    : 3.00 petang - 5.00 petang
 Tempat: SMMTC DKG 6/30


Program ini untuk memberi pendedahan tentang kerjaya yang terdapat dalam bidang Multimedia. Program ini berlangsung selepas program bersama pelajar baru Kelab Multimedia.  Ceramah ini telah disampaikan oleh

"Pilihan Kerjaya Dalam Bidang Multimedia"
Aktiviti menguji mata
Sesi soal jawab

Sesi kenangan bersama penceramah jemputan

6)  Program Mengenggam Ijazah Kelas Pertama


Tarikh   : 19 November 2013
Masa    : 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat: SMMTC DPA 1
Program yang akan membantu dan membimbing pelajar jurusan Multimedia khususnya pelajar semester satu dan dua untuk mencapai ijazah kelas pertama. Program ini juga menyediakan sesi perkongsian pengalaman daripada pelajar semester 4, 5 dan 6 yang mendapat CGPA 3.50 dan ke atas tentang teknik belajar yang betul.


Salah seorang mentor sedang berkongsi pengalaman


Sebahagian peserta program


Sesi Mentor - Mentte

Sesi Mentor - Mentte