Menu

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Saturday, October 10, 2015

Aktiviti 2015

AKTIVITI KELAB MULTIMEDIA SESI A151 2015/2016 

1) HOPE DAY & ORIENTASI PELAJAR BARU
TARIKH: 14-17 OKTOBER 2015
MASA: 8.30:00 PAGI
TEMPAT: FOYER SMMTC

PPA CAS ONLINE: Hari Organisasi Pelajar UUM 2015 (HOPE DAY) mula berlangsung pada 14 Oktober 2015. Hari Organisasi Pelajar UUM 2015 (HOPE DAY) yang berjalan selama tiga hari ini telah diadakan di foyer School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC) digabung dengan program Orientasi Pelajar Baharu di mana program tersebut dijalankan pada hari ke-3 berikutnya. Seramai 9 AJK program Hari Organisasi Pelajar UUM 2015 (HOPE DAY) dan Orientasi Pelajar Baharu telah dilantik di kalangan ahli Kelab Multimedia sendiri. Program ini anjuran dari Kelab Multimedia, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Kolej Sastera dan Sains, Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni (PPA) CAS Universiti Utara Malaysia. Selain daripada AJK sebagai urus setia, program ini turut dibantu oleh AJK tertinggi Kelab Multimedia serta penasihat. HOPE DAY merupakan satu program yang memperkenalkan kelab-kelab di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Akademik kepada pelajar baharu. HOPE DAY ini juga membolehkan setiap kelab mencari ahli baharu bagi kelab masing-masing. Kelab Multimedia juga akan turut serta mengambil bahagian dalam program tersebut. Manakala Orientasi Pelajar Baharu untuk menyambut kedatangan pelajar yang telah mendaftar sebagai ahli Kelab Multimedia. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk mencari dan menambah ahli kelab Multimedia bagi sesi 1 2015/2016 dan juga untuk memperkenalkan Kelab Multimedia kepada pelajar baharu. 

HOPE DAY berlangsung selama tiga hari iaitu bermula pada 14 Oktober sehingga 16 Oktober 2015. Banyak pameran yang kami sediakan untuk dipaparkan kepada semua yang meminati kelab ini dan tidak secara langsung mereka dapat mengetahui serba sedikit tentang Kelab Multimedia ini. Program ini telah berlangsung dengan lancar dan jayanya serta dapat kesan yang positif daripada pelajar baharu yang mendaftar. Program ini menjadi lebih meriah apabila penasihat kelab, En. Mohd Fitri bin Yusoff turut membantu kami dalam menyediakan persiapan program ini. 






 
2) OH MY JAVA
 
Tarikh: 20 Oktober 2015
Masa: 2.30 pagi
Tempat: Dewan Auditorium, CAS

Bengkel Basic Java anjuran bersama Kelab Multimedia dan Persatuan I-TECH , PPA CAS telah diadakan pada 20 Oktober 2015. Bengkel yang berjalan selama 4 jam ini telah diadakan di Dewan Auditorium, CAS, UUM. Seramai 96 peserta termasuk ahli jawatankuasa telah menyertai bengkel ini. Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tambahan kepada pelajar tentang asas pengaturcaraan JAVA seperti “Character Strings”. Variables and Assignment”, “Primitive Data Types”, “Expressions”, dan “Structured Array Data Type”. Selain itu, dapat membantu pelajar untuk skor dalam modul “Basic Programming”. Selain itu, pelajar dari jurusan lain juga boleh menggunakan pengaturcaraan JAVA untuk menambah kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam tugasan mereka.

Bengkel Basic Java menyaksikan beberapa sesi yang telah dijalankan seperti penceramah memberi pendedahan asas “ Introduction to Programming Language ”dan memahami Character Strings, Variable and Assignment, Primitive Data Types and Expressions, Structured Array Data Types serta membuat latihan yang disediakan oleh penceramah di dalam dewan. Majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati oleh pengarah program Bengkel Basic Java, Nur Syammila Binti Aziz dan Wuraidatul Latifah Bt Mohammad kepada penceramah, En. Nor Izham Bin Subri. Hasil soal selidik yang diadakan, peserta bengkel menyatakan mereka mendapat banyak ilmu melalui tunjuk ajar penceramah.



                                  
3)  KENALI SENI PERNIAGAAN : BISNES MODEL KANVAS
Tarikh : 23/10/2015
Masa : 2.30petang – 6.00petang
Tempat : FOYER SOC, UUM
Nama program : Kenali seni perniagaan bisnes model kanvas

Pada 23 October 2015 Program Kenali Bisnes model kanvas anjuran Kelab Multimedia, Universiti Utara Malaysia (UUM). Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar UUM serta melibatkan 9 orang ahli jawatankuasa pelaksana taklimat ini. Peserta program ini telah memberi respon yang sangat baik. Program sebegini perlu diteruskan lagi pada sesi akan datang kerana ianya dapat memberi pendedahan tentang Bisnes Model Canvas kepada pelajar dan dapat memperkembangkan minat pelajar terhadap perniagaan. Ahli-ahli kelab juga dapat bekerjasama dalam satu pasukan pada program yang akan datang.

 




    

 

4) SOUL OUT
Programme: SOUL OUT video competition
Date: 23 October 2015 to 24 November 2015
Prize giving ceremony venue: DPA 1,SMMTC

Multimedia Club cooperated with English Language Club (ELC) to promote this event to encourage UUM undergraduates; to make advertisements or promote their product in the form of video in UUM.

The participants were formed to be in group of one to four and produced a video. All form of advertisements has been presented in English.

The closing and prize giving ceremony was held on 24th November. The ceremony is attended by 3 VIPs which are Sir Mohd Fitri Bin Yusoff, Multimedia club advisor, Miss Fatin Athirah, Elnglish Language Club advisor and the last but not least Sir Tuan Zalizam bin Tuan Muda.


The top 5 winners are

Champion:SO 010 ONG PRODUCTION
First runner up: SO 016 KACHI RANGERZ
Second runner up: SO 004 IVAN PRODUCTIONS
Third runner up: SOC002 XIAOJUN PRODUCTION
Fourth runner up: SO 006 DE PROJECT


















AKTIVITI KELAB MULTIMEDIA SESI A142 2014/2015

 

1) KURSUS KEPIMPINAN AJK KELAB MULTIMEDIA

Tarikh: 10 March 2015
Masa: 8:30 pagi
Tempat: Training Room, SMMTC
Kursus kepimpinan AJK Kelab Multimedia telah berjaya dilaksanakan pada 10 Mac 2015 bertempat di Training Room. Program yang dijalankan selama setengah hari ini dilaksanakan bagi memastikan setiap AJK Kelab Multimedia mampu untuk mengendalikan kelab dan program masing-masing dengan lebih baik. Selain itu, program ini diadakan untuk memperkenalkan sistem sira kepada AJK Kelab Multimedia yang baru dilantik. 

Dengan adanya program sebegini, ianya dapat memudahkan AJK kelab menguruskan kertas kerja mereka secara online. Tambahan pula, program ini juga merupakan kesinambungan daripada Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) yang dihadiri oleh 5 orang jawatankuasa tertinggi kelab. Dengan tujuan berkongsi ilmu yang diperolehi daripada program KPO yang dihadiri, mereka dapat menyampaikan dan memberikan maklumat baru kepada semua AJK Kelab Multimedia tentang format baru kertas kerja, format baru laporan program dan format laporan kewangan serta cara mengakses sistem sira melalui laman portal.


2) JALINAN KASIH

Tarikh: 20 March 2015
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Pusat Sukan, UUM

Pada 20 Mac 2015 yang lalu telah berlangsungnya Program Jalinan Kasih, Kelab Multimedia, Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama ahli jawatankuasa (AJK) Kelab Multimedia tahun 2015 bersama mantan-mantan Kelab Multimedia UUM. Seramai 16 orang AJK Kelab Multimedia, 7 orang mantan Kelab Multimedia dan 15 orang ahli jawatankuasa telah menyertai program ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim yang baik antara ahli-ahli jawatankuasa kelab. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada AJK baharu mengenai tugas yang akan mereka galas disamping untuk meraikan AJK Kelab Multimedia baharu bagi tahun 2015.

Program ini terdiri daripada dua sesi iaitu aktiviti sukaneka untuk sesi pertama pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari bertempat di Pusat Sukan UUM. Sebanyak enam aktiviti disediakan untuk aktiviti sukaneka ini yang diketuai dan diuruskan oleh 7 orang biro aktiviti program. Antara aktiviti yang dijalankan ialah permainan bola berapi, fashion show, suci dalam debu, isi air dalam botol menggunakan sebelah tangan dan ‘apo bondo eh ni’. Sesi kedua pula diteruskan dengan aktiviti jamuan BBQ pada jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam yang bertempat di Tasik Guthrie, UUM. Program ini telah berlangsung dengan lancarnya dan mendapat kesan positif daripada para peserta. Program ini menjadi lebih menarik apabila penasih kelab iaitu En Fitri bin Mohd Yusoff turut turun padang menyertai aktiviti sukaneka ini sebagai peserta. Program ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara AJK kelab, malah turut dapat mewujudkan hubungan yang baik dan lebih rapat antara AJK Kelab Multimedia dan penasihat kelab. Program ini ditutup dengan penyampaian hadiah oleh penasihat kelab, En Mohd Fitri bin Yusoff kepada para pemenang sukaneka dalam majlis BBQ
3) BENGKEL ADOBE FLASH

Tarikh: 27 March 2015
Masa: 8:30 pagi
Tempat: Makmal 1 (Apple), SMMTC 

Bengkel Adobe Flash anjuran kelab Multimedia, PPA CAS telah diadakan pada 27 Mac 2015. Bengkel yang berjalan selama 4 jam ini telah diadakan di Makmal 1 (Apple) di SMMTC, UUM. Seramai 33 peserta termasuk ahli jawatankuasa telah menyertai bengkel ini. Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan pelajar tentang asas perisian Adobe Flash. Program ini akan membantu pelajar untuk lebih meningkatkan kemahiran sedia ada pelajar dalam menggunakan perisian Adobe Flash untuk melaksanakan projek akhir semester khususnya bagi pelajar jurusan multimedia. Selain itu, pelajar dari jurusan lain juga boleh menggunakan perisian Adobe Flash sebagai bahan untuk “presentation” yang lebih menarik dalam pelbagai subjek.

Bengkel Adobe Flash menyaksikan beberapa sesi yang telah dijalankan seperti penceramah memberi pendedahan asas Adobe Flash dan membuat animasi serta membuat latihan animasi bersama penceramah di dalam kelas. Majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati oleh pengarah program Bengkel Adobe Flash, Nur Rabiatul Adawiyah Bt Ismail kepada penceramah, En. Abdul Shafiq Bin Bahrin. Hasil soal selidik yang diadakan, peserta bengkel menyatakan mereka mendapat banyak ilmu melalui tunjuk ajar penceramah.

4) LAWATAN UNIFILM STUDIO

Tarikh: 31 March 2015
Masa: 8:30 pagi
Tempat: Unifilm Studio, UUM

Pada 31 Mac 2015, Kelab Multimedia, PPA CAS mengadakan Lawatan ke Unifilm Studio yang terletak di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia. Seramai 20 peserta termasuk ahli jawatankuasa telah menyertai bengkel ini. Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kemudahan fasiliti yang terdapat di Unifilm Studio. Program ini akan memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang fasiliti yang mereka pelajari dalam kuliah yang terdapat di Unifilm. 
Lawatan yang diadakan ini berjalan selama 4 jam, bermula pada jam 8.30 pagi untuk sesi pendaftaran. Kemudian peserta akan dibawa masuk melawat Unifilm Studio mengikut kumpulan yang dibahagikan. Peserta diberikan pendedahan serba sedikit tentang latarbelakang Unifilm Studio. Antara tempat yang menarik seperti bilik penyimpanan peralatan, bilik merakam suara, bilik greenscreen dan sebagainya. Selain itu, para peserta boleh mengajukan soalan kepada pegawai Unifilm Studio yang mengiringi. Majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati oleh pengarah program Lawatan Unifilm Studio, Nik Amirul Aqman Bin Nik Lah kepada pegawai Unifilm studio yang mengiring, Encik Fadzil.


5) BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP

Tarikh: 8 Mei 2015
Masa: 8:30 pagi
Tempat: Makmal 1 (Apple), SMMTC

Bengkel Adobe Photoshop anjuran kelab Multimedia, PPA CAS telah diadakan pada 8 Mei 2015. Bengkel yang berjalan selama 4 jam ini telah diadakan di Makmal 1 (Apple) di SMMTC, UUM. Seramai 26 peserta termasuk ahli jawatankuasa telah menyertai bengkel ini. Antara tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan asas kepada peserta tentang perisian Adobe Photoshop. Program ini akan membantu pelajar untuk lebih meningkatkan kemahiran sedia ada pelajar dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk melaksanakan projek akhir semester khususnya bagi pelajar jurusan multimedia. Selain itu, pelajar dari jurusan lain juga boleh menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk menambah kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam tugasan mereka.

Bengkel Adobe Photoshop menyaksikan beberapa sesi yang telah dijalankan seperti penceramah memberi pendedahan asas Adobe Photoshop dan mengedit gambar serta membuat latihan yang disediakan oleh penceramah di dalam kelas. Majlis ditutup dengan penyampaian cenderahati oleh pengarah program Bengkel Adobe Flash, Nurul A’fifah Binti Majidin kepada penceramah, En. Abdul Shafiq Bin Bahrin. Hasil soal selidik yang diadakan, peserta bengkel menyatakan mereka mendapat banyak ilmu melalui tunjuk ajar penceramah.



6) FAMILY DAY

Tarikh: 16 Mei 2015
Masa: 11:30 pagi
Tempat: SMMTC, UUM

Pada 16 Mei 2015 yang lalu telah berlangsungnya program Family Day untuk Kelab Multimedia Universiti Utara Malaysia (UUM). Seramai 29 orang ahli Kelab Multimedia, 3 orang ahli jawatankuasa dan penasihat kelab telah menyertai program ini. Tujuan program ini diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan satu ikatan silaturrahim yang kuat antara sesama pelajar-pelajar program Multimedia Universiti Utara Malaysia bersama pensyarah. Selain itu, aktiviti ini dapat menjadi platform kepada pelajar untuk mengenali serta dapat mengeratkan ukhwah bersama pensyarah. Ia juga dapat mewujudkan sikap saling bantu-membantu antara pelajar lama dan pelajar baru.

Program ini terdiri daripada tiga sesi iaitu aktiviti ‘ice-breaking’ untuk sesi pertama pada pukul 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Sebanyak dua aktiviti disediakan untuk aktiviti ini yang diuruskan oleh 3 orang biro aktiviti program. Sesi kedua pula diteruskan dengan sukaneka pada jam 2.00 petang sehingga 3.30 petang yang bertempat di kawasan pasir, The Carnivall. Aktiviti terakhir ialah aktiviti bebas dimana peserta bebas melakukan aktiviti di kawasan program. Program ini telah berlangsung dengan lancar dan jayanya serta mendapat kesan positif daripada para peserta. Program ini menjadi lebih menarik apabila penasihat kelab, En Mohd Fitri bin Yusoff turut turun padang menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan. Program ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara ahli kelab, malah turut dapat mewujudkan hubungan silaturahim yang baik dan lebih rapat antara ahli Kelab Multimedia dan penasihat kelab yang juga seorang pensyarah. Program ini ditutup dengan penyampaian hadiah oleh penasihat kelab, En Mohd Fitri bin Yusoff kepada para pemenang sukaneka.

 
7) JAMUAN BBQ "FAREWELL SENIOR YEAR STUDENT"


Tarikh: 5 Jun 2015
Masa: 8:00 malam
Tempat: DPP Petronas 

Pada 5 Jun 2015 yang lalu telah berlangsungnya Program jamuan BBQ “Farewell senior Year Students” anjuran Kelab Multimedia, Universiti Utara Malaysia (UUM). Seramai 70 orang peserta termasuk jawatankuasa program. Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar jurusan Sains Multimedia semester 2 hingga semester 6. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengadakan majlis perpisahan pelajar tahun akhir jurusan Sains Multimedia. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan Alumni serta mewujudkan hubungan silaturrahim antara setiap batch jurusan Sains Multimedia .

Program yang dijalankan berjalan selama 4 jam di Tapak BBQ, DPP Petronas berlangsung dengan lancar. Selepas sesi pendaftran, Penasihat Kelab Multimedia, Encik Mohd Fitri Bin Yusoff menyampaikan ucapan alu-aluan. Selain itu, sambil menikmati jamuan BBQ, peserta dapat menonton persembahan nyanyian daripada wakil pelajar tahun akhir dan wakil AJK Kelab Multimedia.


8) SMMTC WEEK : JOM PELUH

Tarikh: 13-14 Mei 2015
Masa: 3:30 petang
Tempat: SMMTC, UUM

Pada 13 dan 14 Mei 2015 Program SMMTC Week iatitu Jom peluh anjuran Fakulti Teknologi Media dan Komuniakasi, Universiti Utara Malaysia (UUM). Seramai 70 orang peserta termasuk jawatankuasa program. Peserta yang hadir terdiri daripada pelajar jurusan Sains Multimedia semester 2 hingga semester 6. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengadakan majlis perpisahan pelajar tahun akhir jurusan Sains Multimedia. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan Alumni serta mewujudkan hubungan silaturrahim antara setiap batch jurusan Sains Multimedia .


9) SAHUR BERSAMA KELAB MULTIMEDIA

Tarikh: 26-27 Jun 2015
Masa: 11:00 malam
Tempat: Masjid Sultan Badlishah, UUM

Pada 26 hingga 27 Jun 2015, kelab Multimedia telah mengadakan program Sahur Bersama Kelab Multimedia. Seramai 30 orang peserta muslim jurusan Multimedia termasuk jawatankuasa program. Program ini dijalankan di Masjid Sultan Badlishah UUM. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengajak para pelajar mendekatkan diri dengan Allah SWT. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengertakan hubungan silaturrahim antara ahli jawatankuasa dengan para pelajar dan pensyarah muslim UUM. Penasihat Kelab Multimedia, Encik Mohd Fitri Bin Yusoff turut hadir sepanjang majlis bagi menjayakan program ini.

Program yang dijalankan bermula pada pukul 11 malam untuk pendaftaran dan sesi mengulangkaji bersama. Para peserta juga menginap di dalam masjid. Seterusnya pada jam 5 pagi, para pelajar mula bersahur bersama-sama. Selain itu, para pelajar solat subuh berjemaah di masjid dan bersurai.